suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Boleh Pergi Tapi Bersyarat

INTER Milan sedia melepaskan pemain bintangnya kepada Manchester United, tetapi dengan bersyarat.

Ivan Perisic menjadi buruan Jose Mourinho sejak jendela perpindahan dibuka dan mahu memastikan pemain sayap kelahiran Croatia itu menyarung jersi United pada musim depan.

United juga mahu perpindahan Perisic dilengkapkan sebelum Red Devils memulakan siri jelajah pramusim di China pada Selasa, tambahan lagi pemain berusia 28 tahun itu juga mahu memastikan perjanjian itu dimeterai.

IVAN PERISIC

Setakat ini, dua bidaan United masing-masing bernilai 36 juta pound sterling dan 39 juta pound sterling ditolak kerana Inter mahu permintaan mereka iaitu sebanyak 48 juta pound sterling dipenuhi.

Bagaimanapun, United masih boleh mendapatkan Perisic dengan harga murah apabila Inter mahu penyerang Red Devils sebagai pertukaran pemain pinjaman.

Namun United mungkin mempertimbangkan syarat itu memandangkan barisan depan Mourinho sudah kehilangan Wayne Rooney yang berpindah ke Everton manakala Zlatan Ibrahimovic juga belum pasti menyambung kontrak ekoran krisis kecederaan.

United masih belum mengeluarkan sebarang komen berhubung syarat Inter itu. -  MAIL ONLINE

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sandro Da Silva Geram

Artikel Lain