suria

Lukaku Minta Kebenaran Ibrahimovic

MANCHESTER United akhirnya mendedahkan nombor jersi yang akan disarung penyerang baharunya, Romelu Lukaku pada musim depan.

Pasukan itu mengesahkan pemain kebangsaan Beligum itu akan menggunakan jersi No 9 milik Zlatan Ibrahimovic pada musim depan.

Penyerang itu berhijrah ke OId Trafford dengan yuran perpindahan bernilai 75 juta pound sterling awal minggu ini.

Lukaku tidak lagi akan menggunakan No 10 yang digunakan ketika memperkuat Everton.

Sementara itu, Victor Lindelof pula akan menyarung jersi No 2.

Lindelof yang berhijrah dari Benfica pada awal musim panas ini akan memakai jersi nombor tersebut yang masih lagi kosong selepas Rafael menyertai Lyon pada 2015.

Jersi No 3, 4, 5 dan 6 masing-masing sudah digunakan Eric Bailly, Phil Jones, Marcos Rojo dan Paul Pogba.

Lukaku turut mendedahkan dia telah meminta kebenaran daripada Ibrahimovic untuk mengambil alih jersi yang disarung penyerang Sweden itu.

"Saya sering bertanya kepada ibu mengenai nombor (jersi) dan saya sentiasa menggunakan nombor 10 kerana hari lahir ibu saya jatuh pada 10 Oktober. Oleh itu saya menggunakan No 10.

"Saya minta No 9 kerana saya penyerang. Penyerang beraksi menggunakan No 9.

"Ia nombor yang bagus dan saya telah meminta kebenaran daripada Ibrahimovic."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain