suria

Pengganti Costa Bernilai £65 Juta

CHELSEA semakin hampir mendapatkan pengganti penyerang bermasalah, Diego Costa apabila dilapor menawarkan bidaan sebanyak 65 juta pound sterling bagi penyerang berbisa Borussia Dortmund.

Bos The Blues, Antonio Conte semakin terdesak menyelesaikan isu yang menyelubungi Costa apabila penyerang kelahiran Sepanyol itu mahu meninggalkan Stamford Bridge dan kembali menyertai Atletico Madrid.

Malah kehilangan kegagalan Chelsea untuk mendapatakan Romelu Lukaku yang menyertai Manchester United dan usaha sukar mendapatkan Alvaro Morata dari Real Madrid, menyebabkan Conte beralih arah kepada Pierre-Emerick Aubameyang.

Pierre-Emerick Aubameyang.

Berita yang menyatakan Chelsea membida Aubameyang timbul selepas kelab Jerman itu sudah mengadakan rundingan rasmi bagi membawa masuk penyerang Arsenal, Olivier Giroud.

Aubameyang, 28, merupakan seorang daripada penyerang profilik Eropah dan telah menjaringkan 40 gol pada musim lepas.

Dia dikatakan bersedia meninggalkan Dortmund dan mahu menggalas cabaran baharu di liga lain. - Mirror.uk

Chelsea, Diego Costa

Artikel Berikut

Boleh Pergi Tapi Bersyarat

Artikel Lain