suria

Ivan Perisic Beri Isyarat Baru Mahu Ke Manchester United

BINTANG Inter Milan, Ivan Perisic dilapor terus memberi isyarat untuk berhijrah ke Manchester United dalam tempoh terdekat.

Jika sebelum ini, pemain berkenaan bertindak mengemaskini status akaun Instagram dengan butang merah, namun kali ini lain pula.

Perisic yang merupakan pemain sayap kiri dilapor enggan kembali menjalani latihan pramusim bersama Inter.

Tidak cukup dengan itu, status terbaru Perisic mendakwa berada di lapangan terbang dengan kapsyen akan ke "destinasi yang tidak diketahui".

Tidak lama kemudian dalam status terbaru, dia mendakwa berada di Ibiza, Sepanyol dan masih tidak kembali ke Itali.


.. ????? .. @franejurc87

A post shared by Ivan Perišić (@ivanperisic444) on

Tindakan pemain berusia 28 tahun itu menghangatkan lagi khabar angin perpindahan ke Old Trafford.

Inter Milan sebelum ini menolak bidaan Manchester United sebanyak £39.5 juta untuk mendapatkan Perisic.

Artikel Berikut

Sanchez Tidak Disenarai

Artikel Lain