suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelab Gergasi Atur Pertemuan Untuk Dapatkan Aubameyang

SEBUAH kelab bola sepak terkenal sedang mengatur pertemuan dengan Borussia Dortmund bagi membincangkan mengenai perpindahan  Pierre-Emerick Aubameyang.

Kelab berkenaan iaitu AC Milan dilapor mahu mendapatkan penyerang tersebut sebelum dia terlepas ke tangan kelab Liga Super China.

Selain itu, Arsenal, Liverpool dan PSG turut mahu mendapatkan khidmatnya yang dianggap penjaring gol prolifik di Eropah.

Kelab dari China, Tianjin Quanjian yakin dapat melengkapkan perpindahan bernilai £70 juta bagi mendapatkan Aubameyang.

Media Itali, Gianluca Di Marizo mendakwa, AC Milan mengatur pertemuan itu tanpa berharap mereka mampu melengkapkan perpindahan berkenaan.

Ini kerana, kelab itu tidak mampu membayar jumlah gaji yang dituntut Aubameyang yang dianggap tidak masuk akal.

Namun mereka yakin dapat berbincang dengan Dortmund dan agen pemain kerana ia mampu mengubah fikiran Aubameyang.

Itali, AC Milan

Artikel Sebelum

Artikel Lain