suria

Sanchez Tidak Disenarai

ARSENE Wenger sudah menyeluarkan senarai pemain yang akan menyertai siri jelajah pramusim di Australia dan China pada Isnin, tanpa memasukkan nama bintang utama kelab itu, Alexis Sanchez.

Perkembangan itu membuatkan ramai penyokong Arsenal kurang senang dengan keputusan Wenger meninggalkan Sanchez, tambahan lagi spekulasi hangat mengatakan pemai kelahiran Chile itu akan berhijrah ke kelab lain musim depan.

Chelsea dan Manchester City antara dua kelab Inggeris yang mahu mendapatkan khidmat Sanchez tetapi Wenger mengambil pendirian untuk tidak menjual pemain kesayangannya itu kepada seterus utama.

Ketiadaan Sanchez dalam latihan pramusim bagaimanapun dijelaskan oleh Wenger yang memberi kebenaran kepada pemain tersebut untuk berehat selepas mengharungi kejohanan Piala Konfederasi awal bulan ini.

Sanchez membantu Chile layak ke perlawanan akhir tetapi tewas tipis kepada skuad terbaik dunia, Jerman.

Pemain berusia 28 itu hanya akan menyertai semula skuad Arsenal seawal Ogos apabila Wenger mahu memberikan pemainnya itu secukup masa untuk berehat dan memikirkan masa depan bersama The Gunners. - 90min

SENARAI 25 PEMAIN ARSENAL MENYERTAI SIRI JELAJAH:

PENJAGA GOL: Petr Cech, Emi Martinez, David Ospina

PERTAHANAN: Krystian Bielik, Cohen Bramall, Sead Kolasinac, Laurent Koscielny, Per Mertesacker, Nacho Monreal

TENGAH: Francis Coquelin, Mohamed Elneny, Ainsley Maitland-Niles, Reiss Nelson, Alex Oxlade-Chamberlain, Mesut Ozil, Aaron Ramsey, Joe Willock, Granit Xhaka

PENYERANG: Olivier Giroud, Alex Iwobi, Alexandre Lacazette, Donyell Malen, Eddie Nketiah, Theo Walcott, Danny Welbeck

Arsenal

Artikel Berikut

Bakayoko Sudah Tiba Di London?

Artikel Lain