suria

Liverpool Sambar Bintang Muda Chelsea

LIVERPOOL menandatangani bintang muda Chelsea selepas kontrak pemain berusia 19 tahun itu bersama juara Liga Perdana Inggeris itu tamat.

Dominic Solanke merupakan pemain di posisi penyerang dan akan diberikan jersi nombor 29 oleh pengurus The Reds, Jurgen Klopp.

Menurut Solanke kepada laman web rasmi Liverpool, dia berasa sangat gembira kerana amat dialu-alukan di kelab tersebut.

"Walaupun hanya menyertai latihan, saya berasa sangat gembira.

"Saya berharap dalam menyarung jersi (bermain) dalam masa terdekat untuk melakar sejarah di sini," katanya.

Solanke menjadi pemain kedua yang berhijrah ke Liverpool selepas ketibaan pemain AS Roma, Mohamed Salah.

Skuad Klopp dijangka berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini bagi menghadapi Liga Juara-Juara pada musim depan. - DAILYSTAR

Liverpool, Dominic Solanke

Artikel Sebelum

Bakayoko Sudah Tiba Di London?

Artikel Berikut

Pesanan Koeman Buat Lukaku