suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lukaku Lengkapkan Perpindahan Ke Man United

ROMELU Lukaku mengambil bahagian dalam latihan Manchester United buat pertama kali selepas melengkapkan perpindahan ke Old Trafford.

Lukaku secara rasmi menjadi pemain Manchester United pada Isnin, selain menjadi penyerang paling mahal dengan £75 juta (RM415 juta) selepas meninggalkan Everton.

Hanya selepas sejam melengkapkan perpindahan, pemain kelahiran Belgium itu turun padang menyertai latihan bersama rakan pasukan baharunya di Los Angeles.

Lukaku (kanan) semasa sesi latihan Manchester United di Los Angeles. Foto Reuters

Lukaku dilihat memakai baju merah tanpa lengan Manchester United sewaktu latihan di Stadium Drake. 

Selain Manchester United, Chelsea turut menawarkan jumlah yang sama untuk mendapatkan Lukaku tetapi usaha tersebut dijangka gagal kerana Lukaku memilih untuk melangkah ke Old Trafford. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain