suria

Morata Bakal Ubati Duka Chelsea

Alvaro Morata. Foto AFP

CHELSEA sedia menawarkan £70 juta (RM387 juta) buat penyerang Real Madrid, Alvaro Morata selepas kekecewaan kelab itu untuk mendapatkan Romelu Lukaku.

Memetik laporan akhbar Sepanyol, AS, ia mendakwa pengurus The Blues, Antonio Conte begitu mengagumi Mora, yang menjaringkan 20 gol dalam semua perlawanan pada musim lepas di mana Madrid menjuarai Liga Juara-Juara dan La Liga.

Morata dikatakan tidak berpuas hati dengan peluang terhadnya bersama pasukan di bawah pengurus Zinedine Zidane yang dilihat lebih menumpukan Karim Benzema pada musim lalu.

Malah pemain berusia 24 tahun itu menunjukkan minatnya untuk berhijrah ke Stamford Bridge.

Real Madrid sedia melepaskan Morata berikutan mereka memburu bintang Monaco, Kylian Mbappe.

Menurut laporan media Sepanyol, Chelsea akan membuat tawaran kepada Morata dalam tempoh beberapa hari. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain