suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ceballos Setuju Sertai Real Madrid

Ceballos (kanan) bersetuju untuk menyertai Real Madrid. - Fatmob

REAL Madrid dan Real Betis akan bekerjasama untuk memuktamadkan perpindahan Dani Ceballos selepas bintang Sepanyol Bawah 21 itu bersetuju memnyertai kejuaraan La Liga.

Dani Ceballos bersetuju untuk menyertai Real Madrid, menurut pengerusi Real Betis, Angel Haro.

Pemain tengah yang berusia 20 tahun itu merupakan sebahagian daripada pasukan Sepanyol yang mara ke final Kejohanan Eropah Bawah-21 di Poland pada bulan lalu seterusnya dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Ceballos turut dikaitkan dengan Barcelona, namun Madrid berjaya mengenepikan seteru skuad itu demi mendapatkan pemain pilihan.

"Ceballos menolak tawaran kami untuk memanjangkan kontraknya dengan Betis dan Madrid memberitahu kami bahawa dia sudah ada persetujuan dengan mereka.

"Kedua-dua kelab sedang berbincang, dalam beberapa jam atau hari lagi kita akan tahu," katanya.

Madrid dilaporkan ingin menawarkan kontrak yang bernilai 18 juta Euro (RM88 juta) kepada Ceballos dan ia dijangkan untuk enam tahun. - Fatmob

Dani Ceballow, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain