suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lukaku Minta Sesuatu Dari Ibrahimovic?

Romelu Lukaku. Foto Reuters

ROMELU Lukaku mendedahkan bahawa beliau meminta izin daripada Zlatan Ibrahimovic sebelum menyarungkan jersi nombor 9 di Manchester United.

Lukaku menyimpan jersi nombor 10 yang dipakainya di Everton selepas perpindahan bernilai £75 juta (RM415 juta) di Old Trafford.

Ia selepas Wayne Rooney membuat keputusan untuk kembali kepada Everton selepas 13 tahun bersama Manchester United.

Bagaimanapun, Lukaku mahu jersi nombor 9 dan menemui Ibrahimovic bagi mendapatkan keizinannya.

Lukaku berkata: "Saya sentiasa bertanyakan ibu saya tentang nombor, dan saya bermain menggunakan nombor 10 kerana tarikh lahir ibu saya pada 10 Oktober. Sebab itulah saya bermain menggunakan nombor 10.

"Saya minta nombor 9 kerana saya seorang penyerang. Dan penyerang bermain menggunakan nombor 9, jadi saya minta izin daripada Zlatan Ibrahimovic. 

"Saya mahu berterima kasih kepada beliau kerana membenarkan saya menggunakan nombor itu," katanya. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain