suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badminton: Latihan Sukar, Chong Wei Gembira

Chong Wei menjalani sesi latihan bersama jurulatih Misbun.

KUALA LUMPUR: Latihan keras separti yang saya bayangkan, ujar Datuk Lee Chong Wei.

Jelas jaguh badminton nombor satu negara ini, sesi latihan bersama Datuk Misbun Sidek sudah pun bermula sejak Isnin lalu.

"Latihan seperti yang saya gambarkan. Kami bermula pukul 6.30 pagi dan tidak akan berhenti sehingga 11 pagi. Dan ianya adalah normal di bawah latihan Misbun," jelas juara Seluruh England itu.

"Sesi latihan juga agak kuat. Setiap hari, seorang atau dua pemain akan mengalami kekejangan.

"Saya sudah mengingatkan mereka mengenai jangkaan ini. Kami perlu bersedia dari segi mental dan fizikal berdepan dengan latihan yang sukar ini.

"Ia berkesan kepada saya dan harap pemain-pemain muda berusaha bersungguh-sungguh. Saya sendiri pun perlu lebih gigih untuk terus melangkah dan saya gembira".

Lee Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain