suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Brazil Tawar Diri Ke Manchester United

PENYERANG Benefica mengulangi hasratnya untuk menyertai Manchester United apabila mendapati tiada bidaan dibuat oleh Jose Mourinho terhadap dirinya setakat ini.

Anderson Talisca yang sedang dipinjamkan kepada Besiktas itu ingin meninggalkan Benefica dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta.

Pemain Brazil itu juga telah membuktikan ketajaman penyudahnya dengan menjaringkan 17 gol dalam 33 penampilan bersama Besiktas.

Talisco menawarkan dirinya kepada United kerana ingin menjadi anank didik Mourinho.

"Saya sangat menghormati Jose Mourinho, dia seorang jurulatih yang hebat.

"Saya juga sentiasa ingin bermain di bawahnya dan bekerja bersamanya. Saya tidak mahu bercakap sama ada ada bidaan atau tidak.

"Tetapi saya ingin beritahu mengenai minat untuk beraksi bersama pasukan yang dibimbing Mourinho," jelasnya. - Futbolarena

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain