suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanchez Sedia Tolak Man City Jika Dua Syarat Dipersetujui

ALEXIS Sanchez dijangka menolak tawaran Manchester City jika Arsene Wenger bersetuju dengan dua syarat pemain berkenaan.

Media Chile melaporkan, pemain berusia 28 tahun itu sedia melanjutkan kontraknya bersama Arsenal jika Wenger bersetuju dengan jumlah gaji yang dituntut.

Selain itu, Wenger juga perlu mengotakan janjinya untuk memperkemaskan skuad berkenaan untuk musim depan.

Sanchez dilapor menuntut gaji sebanyak £300,000 seminggu berbanding pendapatan semasanya di Arsenal ialah £130,000 seminggu.

Bagaimanapun, laporan itu mendakwa tidak mustahil Sanchez mengambil jalan mudah dengan menyertai skuad bimbingan Pep Guardiola daripada memikirkan hal Arsenal.

City setakat ini yakin dapat membawa Sanchez ke Stadium Etihad dengan bidaan setinggi £50 juta.

Namun, Wenger enggan melepaskan pemain berkenaan walaupun bakal kehilangan Sanchez secara percuma tahun depan.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain