suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Comelnya Ronaldo, Junior Peluk Kembar

Foto instagram Cristiano Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo sebelum ini mengesahkan bahawa beliau kini adalah bapa kepada pasangan kembar selepas Portugal tersingkir dari Piala Konfederasi.

Terbaharu, Ronaldo berkongsi gambar di laman sosial menunjukkan beliau bersama anak lelakinya, Cristiano Ronaldo Jr memperkenalkan pasangan kembar itu dengan masing-masing dipeluk dua beranak itu.

Gambar tersebut dimuat naik di Instagram Ronaldo pada Selasa semasa percutian keluarga pertama kesemua mereka

Pelbagai reaksi diterima daripada sebahagian kira-kira 105 juta pengikut pemain berusia 32 tahun itu di laman sosial yang memperlihatkan beliau bersama anak lelakinya memeluk kembar yang dipercayai bernama Mateo dan Eva.

Menerusi gambar tersebut jelas terpancar kegembiraan dan kebanggaan Ronaldo bergelar bapa kepada Ronaldo Jr dan pasangan kembar itu. - Mail Online


Artikel Lain