suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adakah Atletico Madrid Sempat Kempen Di Kubu Baharu?

Pemandangan luar stadium baharu Atletico Madrid. Foto Atletico Madrid/FCC

ATLETICO Madrid menunjukkan beberapa imej kubu baharu mereka di Wanda Metropolitano.

Pasukan gergasi Sepanyol itu bakal berpindah ke stadium yang dilengkapi 68,000 tempat duduk tepat pada waktunya pada musim baharu selepas meninggalkan Vicente Calderon.

Mereka meninggalkan kubu yang diduduki mereka sejak 1996 pada akhir musim lepas.

Menerusi beberapa imej yang dikongsikan kepada penyokong kelab itu, bahagian bumbung stadium masih belum siap sepenuhnya.

Kerja-kerja pembinaan giat dijalankan.

Kerja-kerja pembinaan giat dijalankan di luar dan dalam stadium.

Dilaporkan, kontraktor hanya mempunyai masa kurang enam minggu untuk menyelesaikan kerja-kerja pembinaan kerana musim baharu La Liga dijadualkan diadakan antara 12 dan 13 Ogos.

Bagaimanapun, Atletico Madrid masih belum mengetahui sama ada mereka boleh memulakan kempen baharu di kubu mereka atau di tempat lain berikutan tarikh perlawanan akan dikeluarkan pada 20 Julai depan. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain