suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terry Sedia Ke Aston Villa

BEKAS pemain legenda Chelsea bakal menyertai Aston Villa dengan kontrak selama setahun.

Kontrak John Terry bersama The Blues secara rasminya berakhir pada Sabtu selepas 19 tahun di Stamford Bridge.

Pemain pertahanan berusia 36 tahun itu bakal meneruskan kariernya bersama Aston Villa dengan tawaran sebanyak 4 juta pound termasuk bonus serta pilihan untuk menyambung kontraknya selepas setahun.

Bekas kapten England yang dijangka bersara selepas kontraknya bersama Chelsea tamat, bagaimanapun masih lagi 'laku' apabila turut menerima tawaran daripada beberapa kelab Liga Perdana seperti Bournemouth, Swansea City dan West Bromwich Albion.

Villa telah memulakan latihan pra musim Sabtu lalu dan bakal terbang ke Portugal bagi sesi persediaan saingan Liga Kejuaraan Inggeris (divisyen dua) musim depan di bawah kendalian Steve Bruce.

John Terry

Artikel Sebelum

Monaco Sedia Jual Mbappe?

Artikel Berikut

Artikel Lain