suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kehadiran Misbun, Permulaan Dan Pengakhiran Buat Pemain - BAM

Misbun Sidek memberi taklimat kepada para pemain ketika melapor diri sebagai ketua jurulatih perseorangan lelaki negara di Akademi Badminton Negara pada Isnin. Turut kelihatan Mohamad Norza. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: 'Tepuk dada, tanya selera', ujar presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata demikian selepas sesi pengenalan ketua jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan, Datuk Misbun Sidek yang dibantu Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairol Amar Ayob kepada barisan pemain negara.

"Hari ini merupakan lipatan sejarah dalam sukan badminton negara apabila Misbun kembali ke pangkuan BAM selepas dipujuk Datuk Lee Cong Wei.

"Saya ada memberitahu kepada mereka (pemain-pemain perseorangan negara) mengenai harapan, impian dan aspirasi terhadap pemain-pemain itu.

"Bagi saya dengan bermulanya sistem kejurulatihan baharu ini, ia mungkin sebagai permulaan dan pengakhiran kepada sesetengah pemain," tegasnya kepada media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) pada Isnin.

Jelas Norza, selepas ini tidak ada lagi alasan-alasan pemain mengenai sistem latihan kerana BAM telah menyediakan yang terbaik setakat ini.

"Kami menyediakan pelbagai kemudahan, jurulatih world class (kelas dunia), malah masa ini juga bukan sahaja mereka boleh 'sparring' dengan Chong Wei sahaja, sebaliknya dengan Hendrawan, Misbun, Indra dan Sairol.

"Jadi bagi saya 'tepuk dada, tanya selera'. Tetapi saya yakin, mereka semua boleh buat dan masih muda. Misi ini adalah untuk Malaysia.

"Mental dan semangat kena kuat," tambahnya.

Datuk Norza, BAM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain