suria

Penyerang Baharu Sertai Arsenal Dalam Tempoh 48 Jam

KYLIAN Mbappe berlatih bersama Alexandre Lacazette untuk skuad Perancis. - AGENSI

KHABAR gembira menanti penyokong Arsenal apabila penyerang berbisa Perancis dijangkan melengkapkan perpindahan ke London dalam tempoh 48 jam lagi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas yang berkata, perpindahan penyerang kelab tersebut, Alexandre Lacazette ke Arsenal akan dilengkapkan dalam tempoh sehari dua lagi.

Lacazette dilapor bersetuju menyertai The Gunners menerusi perjanjian selama lima tahun dengan nilai perpindahan yang dijangka mencecah 44 juta pound sterling (RM245 juta).

Aulas berkata, kedua-dua pihak masih belum mencapai harga akhir bagi pemain berusia 26 tahun itu, tetapi perkara tersebut akan diselesaikan.

"Perpindahan Lacazette ke Arsenal akan dilengkapkan dalam tempoh sehari atau dua hari lagi.

"Kami juga mungkin akan mencapai rekod baharu kelab dengan melibatkan perpindahan yang besar, 50 juta euro (RM245 juta) bagi seorang pemain yang dilatih di kelab ini.

"Tawaran pertama Arsenal adalah 45 juta euro (RM220 juta). Perpindahan ini akan dimeterai dengan nilai antara 45 juta euro dan 50 juta euro," katanya.

Lacazette akan menjadi pemain kedua yang berhijrah ke Arsenal selepas bek kiri, Sead Kolasinac menyertai kelab Inggeris itu secara percuma dari Schalke. - MIRROR

Alexandre Lacazette, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Lain