suria

Zac Anderson Keluar Duit Poket RM50,000 Demi Kedah

PERTAHANAN import Kedah, Zachaary Anderson mendakwa telah membelanjakan wang simpanannya sebanyak RM50,000 untuk kembali di atas padang bersama kesebelasan utama Kedah yang lain.

Pemain kelahiran Australia itu, sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan tulang punggul sejak Mei lalu dan terpaksa berehat sehingga memaksanya menjadi penonton ketika skuad hijau kuning menjulang trofi Piala FA.

Tidak berpuas hati dengan laporan kecederaan itu, pemain berkenaan mengambil keputusan untuk pulang ke Melbourne bagi mendapatkan pemeriksaan penuh daripada doktor pakar yang menelan belanja RM50,000 ketika Liga Malaysia berhenti rehat sempena Ramadan.

“Saya tidak kisah membelanjakan RM50,000 bagi memastikan kecederaan yang saya alami ketika beraksi pada perlawanan bertemu PKNS (Perbadan Kemajuan Negeri Sepangor) di Stadium Darul Aman pada tidak merencatkan khidmat saya di sini.

"Laporan yang diperolehi selepas itu memberi harapan baru kerana doktor telah mengesahkan bahawa kecederaan tulang pinggul itu sebenarnya tidak serius hingga memerlukan saya berehat sebelum ini.

"Saya bersyukur, walaupun agak kecewa kerana banyak membuang masa dan tidak turun berjuang bersama rakan-rakan lain," katanya ketika ditemui mStar Online.

Zachary menambah, berbekalkan laporan berkenaan, dia pulang ke Alor Setar untuk diserahkan kepada barisan jurulatih bagi penelitian mengenai tahap kecederana yang dialami.

"Oleh kerana kecederaan itu hanya bersifatkan kecederaan ringan, saya harap dapat kembali mengisi slot kesebelasan utama dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia bermula Sabtu ini.

"Sekarang saya sedang memberi perhatian untuk kembali cergas sepenuhnya dan menyakinkan Ketua Jurualtih, Mohd Nidzam Adzha Yusof bagi diberi tanggungjawab asal di bahagian pertahanan Kedah," jelasnya.

Menurutnya, laporan itu juga telah membuktikan di tidak perlu lagi bimbang dengan kecederaan yang di alami dan mampu beraksi seperti pemain lain selepas cergas sepenuhnya.




Zachaary Anderson, Kedah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain