suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Lelaki Zidane Tinggalkan Madrid

Enzo Zidane bergambar bersama trofi selepas Real Madrid menang ke atas Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim lepas.

ANAK lelaki Zinedine Zidane, Enzo, 22, telah meninggalkan kelab juara Eropah itu untuk menyertai Alaves.

Bekas pemain Perancis bawah 19 tahun itu, yang melangkah ke akademi di Madrid, telah menandatangani kontrak tiga tahun dengan Alaves, salah satu kelab dalam La Liga, yang menduduki tangga kesembilan musim lalu.

Dia telah menjaringkan satu-satunya gol dalam penampilan bersama Real Madrid dalam perlawanan Piala Raja menentang Cultural Leonesa musim lepas.

Enzo telah bermain 78 perlawanan untuk Real Madrid Castilla, pasukan simpanan kelab, menjaringkan tujuh gol.

"Deportivo Alaves mahu mengalu-alukan Enzo Zidane dan berharap dia akan menjadi yang terbaik untuk musim baru," kata kenyataan di laman web rasmi Alaves.

Enzo, Zinedine Zidane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain