suria

Ronaldo Perkenal Bayi Kembarnya Yang Comel

CRISTIANO Ronaldo telah mengesahkan bahawa dia kini adalah bapa kepada pasangan kembar selepas Portugal tersingkir dari Piala Konfederasi.

Ronaldo, yang sudah mempunyai seorang anak daripada hubungan sebelum ini, mengesahkan berita itu dalam catatan Facebook berikutan kekalahan Portugal menentang Chile di peringkat separuh akhir di Rusia.

Dia dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama anak kembarnya dan akan terlepas perlawanan play-off tempat ketiga antara Portugal dan Mexico.

Dalam postingnya di Facebook, Ronaldo menyatakan penghargaannya kepada FA Portugal yang mengizinkannya untuk bersama dengan anaknya yang baharu lahir.

Ronaldo berkata: "Saya sedang berkhidmat dengan pasukan kebangsaan, seperti biasa, jiwa dan raga, walaupun dua anak saya dilahirkan.

"Malangnya, kami tidak dapat mencapai matlamat utama yang kami mahukan, tetapi saya yakin kami akan terus memberi kegembiraan kepada orang-orang Portugis.

"Presiden Persekutuan Bola Sepak Portugis dan pemilih kebangsaan hari ini menunjukkan sikap yang telah menyentuh saya dan saya tidak akan melupakannya.

"Saya sangat gembira akhirnya dapat bersama anak-anak saya buat kali pertama."

Ronaldo juga buat pertama kali telah memperkenalkan pasangan kembarnya di laman Instagram, awal pagi Jumaat.

Dalam pada itu, FA Portugal juga mengeluarkan kenyataan, menyampaikan pujian kepada Ronaldo yang tetap mahu bermain untuk pasukan kebangsaan walaupun dengan kelahiran bayi kembar.

"Presiden dan pasukan kebangsaan telah dimaklumkan sebelum Piala Konfederasi oleh kapten pasukan, Cristiano Ronaldo, bahawa dia telah menjadi seorang ayah.

"Atlet ini, walaupun dengan kelahiran anak-anaknya,sanggup berkhidmat dengan pasukan kebangsaan, sesuatu yang mesti dipuji."

Ronaldo, kembar

Artikel Lain