suria

Misbun, Chong Wei Kerjasama Hasilkan Pemain Perseorangan Terbaik

Datuk Misbun Sidek (kiri) dan Datuk Lee Chong Wei.

SHAH ALAM: Ketua jurulatih perseorangan badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan berkerjasama dalam usaha melahirkan pemain pelapis terbaik negara.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM )Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pengalaman Chong Wei sepanjang tempoh ketiadaan Misbun bersama BAM mampu memudahkan tugas jurulatih berusia 57 tahun itu untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis yang sedia ada.

"Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua untuk menghasilkan satu perancangan bagi melahirkan pelapis pemain perseorangan lelaki yang terbaik bila Chong Wei bersara satu hari nanti.

"Chong Wei dan Misbun sangat rapat. Oleh itu, walaupun Misbun hampir tujuh tahun tidak bersama BAM, beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pemain kerana Chong Wei mampu memberikan maklumat dalaman berkaitan keupayaan dan kelemahan pemain yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuipemberita padamajlisRumah Terbuka Aidilfitridi kediaman Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amindi sini, Khamis.

Dalam pada itu, Norza mengakui tidak mempunyai halangan sekiranya Misbun berhasrat untuk menemani Chong Wei yang akan beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini meskipun ia bertindih dengan jadual temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Namun, beliau menyarankan supaya Misbun berbincang terlebih dahulu bersama jurulatih lain antaranya Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob untuk memastikan tiada masalahberkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab.

Bagi saya walaupun Chong Wei mempunyai misi untuk meraih gelaran dunia pertamanya, tugas di KL2017 juga sangat penting kerana sebagai tuan rumah, kita mahukan pencapaianyang lebih baikataupun sekurang-kurangnya sama seperti di Singapura dua tahun lalu, katanya. -Bernama

Misbun Sidek, Chong Wei

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain