suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Untunglah Rashford Bertemu Legenda

Ronaldinho (kiri) bersama Marcus Rashford. Foto instagram Ronaldinhoofficial

PEMAIN Manchester United, Marcus Rashford mempelajari sesuatu daripada yang terbaik apabila beliau merakamkan kenangan bergambar bersama legenda Ronaldinho.

Ronaldinho memuat naik gambar kedua-dua mereka di Instagram apabila beliau menunjukkan isyarat tangan kepada kamera.

Menerusi keterangan gambar yang diterjemahkan dari bahasa Portugal, beliau berkata: "Marcus Rashford mempunyai banyak potensi dalam bola sepak, selain seorang anak muda yang baik dan merendah diri."

Ketika gambar diambil, penyerang Manchester United itu sedang bercuti di Miami bersama rakan sepasukan, Jesse Lingard.

Kedua-dua mereka memuat naik gambar pertemuan bersama Ronaldinho pada Sabtu lalu, secara berasingan.

Penyerang itu membuat 53 kemunculan dalam semua perlawanan untuk Manchester United pada musim lepas dengan menjaringkan 11 gol. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain