suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dia Sedang Marah - Perez

KARIER Cristiano Ronaldo di Real Madrid belum berakhir.

Presiden kelab, Florentino Perez memberi jaminan Ronaldo akan terus bersama Los Blancos biarpun timbul spekulasi pemain itu dikaitan dengan Manchester United.

Malah Perez mengakui Ronaldo mungkin marah selepas bersabit dengan kes mahkamah melibat percukaian.

"Saya tahu Cristiano sedang marah, tetapi saya yakin dia akan terus berada di sini.

"Saya masih belum bercakap dengannya, namun apa yang boleh lakukan sekarang adalah tunggu dan berbincang selepas tamat aksi Piala Konfederasi.

"Bagaimanapun saya sudah bercakap dengan Mendes mengenainya. Tidak perlu risau apa-apa."

Dalam masa sama Perez yakin Ronaldo akan bebas daripada tuduhan melanggar undang-undang dalam kes percukaian ini.

"Dia adalah seorang yang mempunyai integriti dan menjalankan tanggungjawabnya. Masih ramai yang ingin melukakannya dengan topik-topik seperti ini".

Ronaldo kini bersama skuad kebangsaan Portugal dalam persiapan menentang Chile bagi saingan separuh akhir Piala konfederasi.

Manakala pemain-pemain Real Madrid bakal berkumpul kembali selepas itu bagi aksi Piala Super UEFA bertemu Manchester United pada 8 Ogos depan.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain