suria

United Ikat Pemain Muda Ireland Utara

MANCHESTER United mengikat pemain baharu berusia 16 tahun.

Pemain tengah Ireland Utara, Ethan Galbraith menjadi pilihan di Old Trafford dengan perjanjian biasiswa bersama tawaran pilihan kontrak pemain profesional selama dua tahun sebaik sahaja aksi percubaan mingggu ini.

Galbraith merupakan kapten bagi pasukan Bawah 17 tahun Ireland Utara dan turut tampil dalam skuad B-18 negaranya.

"Saya ada menjalani beberapa aksi percubaan tahun lalu ketika bermain bersama skuad 16 tahun Linfield. 

"Sudah tentu saya telah melakukan yang terbaik kerana United menawarkan kontrak pada Januari ini.

"Ujian percubaan sangat lancar, dan saya telah bermain dengan pemain-pemain terkenal.

"Ia satu pengalaman yang hebat selepas bermain dalam beberapa perlawanan persahabatan serta sesi latihan.

"Saya menandatangani pra kontrak pada Januari dan akan berada di Manchester minggu ini, memulakan hidup di sana dan mendapatkan perjanjian penuh," ujar Galbraith.

Ethan Galbraith

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain