suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fifa Dedah Dakwaan Rasuah

LAUSANNE: Persekutuan Bola Sepak Antrabangsa (Fifa) mendedahkan laporan penuh berhubung dakwaan rasuah berkaitan pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.

Badan bola sepak dunia itu sebelum ini enggan mendedahkan laporan 400 muka surat berkenaan.

Bagaimanapun, memutuskan sebaliknya selepas sebuah tabloid di Jerman bertegas mereka memiliki laporan penuh dan sedia untuk mendedahkannya, termasuk mengenai seorang daripada anak perempuan ahli Fifa menerima $2 juta (RM8.57 juta).

"Apabila dokumen itu dibocorkan kepada akhbar Jerman, ahli jawatankuasa meminta laporan penuh diterbitkan untuk mengelak penyebaran maklumat mengelirukan.

"Demi ketelusan, Fifa mengalu-alukan berita penerbitan laporan penuh ini," jelas Fifa menerusi kenyataan rasmi.

Laporan itu membabitkan pelbagai urusan kewangan suspek, termasuk sejumlah $2 juta (RM8.57 juta) disalurkan perunding dari Qatar, Sandro Rosell, kepada anak perempuan seorang pegawai badan induk itu yang baharu berusia 10 tahun.

Bayaran itu dinyatakan sebagai nilai rundingan perjanjian hartanah. - AFP

Fifa, Qatar, Piala Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain