suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Hantar Mesej Sokongan Kepada Ronaldo

CRISTIANO Ronaldo terus menerima sokongan daripada pelbagai pihak selepas didakwa atas pertuduhan cuba mengelak cukai hasil pendapatan hak imejnya.

Terbaru, media Sepanyol melaporkan, penyerang Barcelone, Neymar yang berdepan pertuduhan sama awal tahun ini menghantar pesanan berbaur sokongan kepada Ronaldo menerusi aplikasi WhatsApp.

Kecewa dengan dakwaan itu, Ronaldo meluahkan hasrat untuk berpindah ke saingan Liga Perdana Inggeris selepas tidak mendapat sokongan daripada kelabnya, Real Madrid.

Namun, Presiden Real Fiorentino Perez mengeluarkan kenyataan menyokong pemain bintang itu.

"Cristiano masih ada kontrak dan dia merupakan pemain Real Madrid. Kali terakhir saya berbual dengan Cristiano ketika di Cardiff selepas perlawanan. Kes melibatkan pihak berkuasa cukai berlaku selepas perlawanan itu.

"Keadaan ini amat pelik. Cristiano lelaki yang baik. Saya akan bercakap dengan Cristiano dan lihat apa yang akan berlaku," kata Perez.

Buat masa ini, Cristiano kelihatan cuba untuk melupakan isu tersebut dan fokus dalam kempen Piala Konfederasi bersama Portugal.

Neymar, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Evans Gagal Ujian Doping

Artikel Berikut

Artikel Lain