suria

Evans Gagal Ujian Doping

DAN Evans mengumumkan dia gagal ujian dadah jenis kokain pada April lalu.

Bintang tenis Britain itu mendedahkan perkara itu apda Jumaat selepas mengadakan sidang media di sebuah hotel berhampiran Queen's Club.

"Ia hari yang amat sukar untuk saya. Saya dimaklumkan beberapa hari lalu bahawa saya gagal ujian dadah pada April selepas disahkan positif kokain.

"Saya melakukan kesilapan dan saya perlu menerima hukuman itu. Ia satu tindakan yang tidak boleh diterima.

"Saya membuat ramai pihak kecewa, keluarga saya, jurulatih, pasukan, penaja, rakan sepasukan dan juga peminat.

"Saya hanya boleh meminta maaf dari hati saya. Ia pengalaman yang amat menyedihkan," kata Evans.

Program Anti Doping Tenis kemudian mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa Evans digantung daripada sebarang perlawanan sementara menunggu penetapan kes.

Pemain berusia 27 tahun itu merupakan sebahagian daripada skuad Piala Davis Great Britain pada 2015 dan merekodkan pencapaian terbaik apabila mara ke pusingan keempat Terbuka Australia tahun ini.

Berita mengejut itu hadir sehari selepas dia terlepas tiket wildcard untuk kejohanan Wimbledon.

Evans kali terakhir beraksi di Surbiton pada dua minggu lalu di selepas bergelut dengan kecederaan sehingga memaksanya untuk menarik diri pada kejohanan Nottingham, London dan Eastbourne.

Dan Evans

Artikel Sebelum

Seminggu Lagi Buat Wenger

Artikel Berikut

Artikel Lain