suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bale Ke United, Aubameyang ke Liverpool?

BERIKUT adalah rangkuman gosip berita perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris pada Jumaat:

BONUCCI

CHELSEA

Juara Liga Perdana Inggeris yakin akan memeterai perjanjian bernilai 100 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat pemain Juventus, Leonardo Bonucci dan Alex Sandro. - The Sun.uk

Selain itu, pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk juga menjadi buruan Chelsea dengan nilai perpindahan 50 juta pound sterling. - The Guardian

SANCHES

MANCHESTER UNITED

Khabar angin mengaitkan United dan bintang Real Madrid, Gareth Bale kembali bertiup selepas kelab gergasi Sepanyol itu sedia menjual pemain sayap berkenaan yang bakal diganti penyerang sensasi Monaco, Kylian Mbappe. - L’Equipe

Jose Mourinho berpeluang mendapatkan bintang Bayern Munich, Renato Sanches selepas harga pemain itu dikurangkan kepada 30 juta pound sterling. - Media Jerman

LACAZETTE

ARSENAL

The Gunners semakin hampir mendapatkan pemain berbakat Lyon, Alexandre Lacazette sebagai persiapan menggantikan Alexis Sanchez yang nekad mahu meninggalkan Arsenal. - The Sun.uk

AUBAMEYANG

LIVERPOOL

Barisan serangan Liverpool bakal dimantapkan lagi dengan kehadiran penyerang berbisa dari Dortmund,  Pierre-Emerick Aubameyang yang dibenarkan meninggalkan Jerman jika harga yang ditawarkan ditepati iaitu 62 juta pound sterling. - Metro.uk

Liga Perdana Inggeris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain