suria

Bintang Chelsea Paksa Conte Terima Bidaan Manchester United

SEORANG pemain Chelsea mula memberi tekanan kepada Antonio Conte untuk meninggalkan pasukan itu dan menyertai Manchester United.

Nemanja Matic yang dikehendaki Jose Mourinho menyertai Chelsea pada 2014 dari Benefica dan memainkan peranan penting ketika The Blues menjuarai Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Bagaimanapun menurut akhbar England, Matic kini ingin bersama Mourinho dan memaksa Chelsea menerima bidaan yang dibuat.

Ini kerana Matic juga dilaporkan lebih gembira di bawah kendalian Mourinho berbanding Conte berikutan beberapa insiden yang berlaku.

Selain United, Juventus antara pasukan yang mahukan khidmat Matic pada musim depan.

Bagaimanapun kelab gergasi Itali itu percaya pemain berusia 28 tahun berkenaan mahu kekal di Liga Perdana Inggeris.

Chelsea, Antonio Conte

Artikel Lain