suria

RM1.08 Bilion Untuk Ronaldo?

Cristiano Ronaldo. Foto AFP

JOSE Mourinho nekad untuk melakukan perubahan dalam Manchester United demi merangkul gelaran musim depan dan beliau sudah pun menjadi tumpuan bagi tingkap perpindahan.

Red Devils sudah merekrut pemain pertahanan kental dari Benfica, Victor Lindelof menerusi tawaran £30.5 juta (RM166.15 juta), dan beliau akan memperkukuhkan lagi bahagian tengah dan penyerang.

Difahamkan Mourinho telah mengintai pemain-pemain yang berkualiti tinggi.

Memetik Sportsmail, kaitan itu menjadi perhatian dan panduan buat penyokong Manchester United mengenai pembelian pemain pada musim panas ini.

Susulan kes dakwaan penipuan cukai terhadap bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, pemain itu telah memaklumkan Real Madrid mengenai hasratnya untuk meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu.

Paris Saint-Germain cuba mendapatkan pemain itu, selepas pemilik Nasser Al-Khelaifi mengadakan rundingan dengan ejen Jorge Mendes pada malam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Cardiff.

Bagaimanapun, Manchester United membuat cubaan yang serius untuk mengikat semula kontrak bersama Ronaldo pada musim panas 2013 dan pemain itu masih kekal untuk bersama dengan Real Madrid. 

Naib pengerusi eksekutif Ed Woodward mahu membawa Ronaldo kembali ke Manchester.

Bagaimanapun, masalahnya adalah Ronaldo mungkin menjaga kedudukannya bagi memastikan beliau disokong tanpa henti oleh majikannya semasa kes cukai dan Madrid akan menuntut lebih £200 juta (RM1.08 bilion). - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain