suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard Bakal Jadi Korban

MANCHESTER United bukan sahaja kelab Liga Perdana Inggeris yang mahu mendapatkan pemain terbaik dunia apabila Chelsea sedia melancarkan bidaan sensasi bagi mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Bintang Portugis, Cristiano Ronaldo secara serius mahu meninggalkan Sepanyol ekoran kes penipuan cukai yang didakwa ke atasnya baru-baru ini.

United dan kelab gergasi Perancis, PSG mungkin menjadi destinasi Ronaldo selepas ini, tetapi menurut Metro.uk, Chelsea mampu memberikan tawaran yang lebih hebat kepada Real Madrid.

Ini kerana Chelsea sedia menawarkan bintang mereka, Eden Hazard sebagai pemain pertukaran bagi mendapatkan Ronaldo selepas pemilik kelab itu, Roman Abramovich mahu memastikan pemain berusia 32 tahun itu berada di Stamford Bridge pada musim depan.

Real sudah lama mahu mendapatkan khidmat pemain sayap Belgium itu dan kini mungkin tidak dapat menolak tawaran lumayan Chelsea.

Prestasi Hazard bersama Chelsea pada musim depan menyaksikan dia menjaringkan 15 gol dan mencipta lima peluang, persembahan yang jauh berbeza berbanding Ronaldo.

Kapten Portugal itu menjaringkan 50 gol dalam semua perlawanan di peringkat kelab dan negara, sekali gus menjulang Real Madrid sebagai juara La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah.

Eden Hazard, Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain