suria

Pepe Dedah Kelab Pilihan Cristiano Ronaldo

RAKAN sepasukan Cristiano Ronaldo iaitu Pepe mendedahkan kelab yang akan disertai bintang dunia itu jika meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini.

Pemain berusia 32 tahun itu mengejutkan dunia bola sepak apabila mengugut untuk meninggalkan Real Madrid gara-gara didakwa melakukan penipuan cukai.

Ketika penyokong bola sepak dunia membayangkan Ronaldo akan pulang ke Liga Perdana Inggeris, namun sebaliknya pula berlaku.

Pepe mendedahkan, Ronaldo sebenarnya ingin menyertai Paris Saint-Germain (PSG) kecuali mendapat tawaran lebih lumayan dari kelab China.

Akhbar Marca melaporkan, Pepe juga cuba membawa Ronaldo ke PSG dengan mengajak pemain kelahiran Portugal berkenaan bersamanya ke Paris.

Ronaldo dikatakan rapat dengan Pepe dan mungkin tidak akan menolak pelawaan pemain senior Real Madrid berkenaan.

Real Madrid, Cristiano Ronaldo, Pepe

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hazard Bakal Jadi Korban

Artikel Lain