suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keresahan Zachary Anderson Bakal Berakhir

KERESAHAN yang dilalui pertahanan import Kedah, Zachary Anderson sejak hampir dua bulan lalu bakal menemui noktahnya apabila tempoh rehat saingan Liga Malaysia berakhir.

Pemain berusia 26 tahun itu terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan pinggul sebelum ini.

Berikutan itu, dia terlepas beberapa aksi penting termasuk ketika Kedah menjuarai Piala FA bulan lalu.

Zachary memberitahu, tempoh rehat liga telah digunakan sebaik mungkin untuk merawat kecederaan yang dialami supaya dia dapat beraksi semula pada Julai ini.

"Selepas berakhir perlawanan Piala FA saya ambil keputusan untuk  pulang ke Australia bagi mendapatkan rawatan pakar di Melbourne.

"Sepanjang tempoh berkenaan, saya telah mendapat rawatan sebaiknya sehingga tidak lagi berasa sakit pada tulang pinggul.

"Saya juga bersyukur kerana dapat kembali dan menjalani latihan bersama rakan-rakan untuk persediaan menghadapi Liga Super dan Piala Malaysia pada Julai ini," katanya kepada mStar Online.

Tambah Zachary, cabaran seterusnya yang perlu dilalui ialah kembali cergas dan disenaraikan dalam kesebelasan utama oleh Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusoff.

Jelasnya, sepanjang tempoh cedera, dia sering mendapat kata-kata semangat daripada penyokong menerusi laman sosial dan ketika berada di stadium.

"Penyokong memahami dan memberikan kata-kata semangat kepada saya semasa mengalami kecederaan, mereka mendoakan supaya saya cepat pulih.

"Sebab itu juga saya rasa perlu pulih secepat mungkin dan membalas kepercayaan mereka selain barisan kejurulatihan, pegawai dan rakan-rakan sepasukan," ujarnya.

Kedah, Liga Super, Zachary Anderson

Artikel Lain