suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool Sedia Serbu Southampon Sekali Lagi

TADIC kini menjadi buruan Liverpool. - AFP

LIVERPOOL sekali lagi bersedia untuk 'menyerbu' Southampton selepas Jurgen Klopp dilaporkan berminat mahu mendapatkan khidmat Dusan Tadic.

Spekulasi terbaharu itu muncul selepas The Reds terpaksa menebal muka memohon maaf secara terbuka kepada skuad The Saints dan menamatkan minat mendapatkan pemain pertanan, Virgil van Dijk.

Ia susulan pihak pengurusan Southampton mengemukakan aduan tentang tindakan Liverpool mengadakan rundingan secara rahsia dengan pemain tersebut.

Namun kes berkenaan tidak melemahkan semangat Liverpool untuk menyamar pemain sayap Southampton, Tadic, lapor portal Mirror.

Pemain Serbia itu dianggarkan bernilai 13 juta pound sterling mengikut nilai kontraknya dan dipercayai tidak gembira di Southampton.

Tadic bermain untuk skuad bimbangan Claude Puel sepanjang musim lalu termasuk menyertai kejohanan Liga Europa tetapi sering ditukar oleh pemain gantian.

Dia mencipta 42 gol sejak berpindah dari Twente selepas dibeli dengan harga 10.9 juta pound sterling, tiga tahun lalu.

Liverpool menjadikan Southampton sebagai 'kelab pembekal' sejak beberapa musim lalu apabila membeli Adam Lallana, Dejan Lovren, Rickie Lambert, Nathaniel Clyne dan Sadio Mane.

Liverpool, Southampton

Artikel Lain