suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akhbar Sepanyol Dedah Punca Morata Sertai Man United

ALVARO Morata dilaporkan mempunyai pilihan lain selain menyertai Manchester United, namun beberapa faktor telah menyebabkan dia memilih Old Trafford.

Malah, penyerang itu juga mempunyai pilihan untuk menangguhkan keputusannya sehingga minggu depan iaitu selepas selesai tugas bersama skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, pemain Real Madrid itu membuat keputusan lebih awal dan bersedia menyertai United bukan sahaja kerana dihubungi Jose Mourinho.

Sebaliknya, akhbar Sepanyol, Marca mendedahkan, Morata membuat keputusan selepas bercakap dengan Ander Herrera dan David de Gea.

Kini, Morata hanya tinggal selangkah untuk diumumkan sebagai penyerang baharu United dengan yuran pemindahan dianggarkan bernilai £70 juta.

Artikel Berikut

Artikel Lain