suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Final PSA Dunia: Nicol Gagal Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Hasrat ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk mara ke pusingan separuh akhir siri final Kejohanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Dunia musnah  selepas menerima kekalahan kedua berturut-turut peringkat kumpulan di Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu (UAE), awal pagi Khamis.

Kegagalan itu menyaksikan Nicol, yang menduduki ranking keenam dunia, terus kecundang dalam usaha memburu gelaran pertamanya pada siri Jelajah Dunia musim ini.

Nicol, yang diundi dalam Kumpulan B, terpaksa akur dengan kehebatan pemain pilihan pertama kejohanan, Nour El Sherbini dari Mesir apabila tewas 6-11, 9-11 dalam perlawanan kedua kumpulan, demikian menurut laporan www.worldseriesfinals.com.

Pada Selasa lepas, beliau dikecewakan pemain England, Laura Massaro 10-12, 10-12 pada perlawanan pembukaan kumpulan.

Bekas pemain nombor satu dunia itu dijadual bertemu pemain ranking ketujuh dunia dari England, Sarah-Jane Perry untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan yang dijadual berlangsung awal pagi Jumaat.

Nicol, Final PSA Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain