suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesej Conte Buat Costa Marah

DIEGO Costa mengakui bengang selepas Antonio Conte memberitahu apa yang perlu dilakukannya pada musim panas ini.

Pengendali Chelsea itu dilapor meminta Costa meninggalkan Stamford Bridge pada musim pemindahan ini.

Penyerang berusia 28 tahun itu hampir meninggalkan Chelsea pada Januari lalu selepas terpikat dengan tawaran dari Kelab China.

Bagaimanapun apa yang membuatkan Costa bengang kali ini ialah dia tidak dapat pulang ke Atletico Madrid jika meninggalkan Chelsea kerana terikat dengan tindakan undang-undang terhadap kelab Sepanyol berkenaan.

"Saya ingin memberitahu secara jujur, sebelum ini Conte telah menghantar pesanan dan memberitahu saya tiada dalam perancangan musim depan.

"Tiada masalah, saya masih ok. Saya suka tinggal di Madrid tetapi saya juga perlu fikirkan mengenai masa depan.

"Saya perlu mencari pasukan baru dan tidak boleh berehat sehingga empat hingga lima bulan sebelum kembali bermain," katanya kepada media Sepanyol.

Chelsea, Diego Costa, Antonio Conte

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain