suria

Kim Swee Panggil Tiga Muka Baharu Sebelum Ke China

Skuad Sukan SEA. Foto: Bernama

PETALING JAYA: Tiga pemain muda baharu dipanggil bagi mengisi slot senarai pasukan Bawah 22 Tahun kebangsaan sebelum terbang ke China.

Ketua jurulatih B-22 Tahun, Datuk Ong Kim Swee memanggil tiga pemain baharu iaitu Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Sean Eugene Selvaraj dan L Kalaiharasan (Negeri Sembilan) bagi menggantikan tiga pemain yang cedera iaitu Ahmad Khairil Anuar Zamri (Perak), Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak) dan Ahmad Azriddin Rosli (Felda United).

Bagaimanapun Ahmad Khairil kekal menjalani latihan pemulihan di Wisma FAM berbanding Nur Shamie dan Ahmad Azriddin yang kembali ke kelab masing-masing.

Projek Sukan SEA ini bakal  berlepas ke China pada Khamis bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan bertemu skuad B-22 China pada Sabtu, skuad simpanan Guangzhou R&F (13 Jun) dan skuad simpanan Guangzhou Evergrande (15 Jun).

Sementara itu, pada perlawanan persahabatan menentang Felda United  Selasa malam, Kim Swee telah menggugurkan empat pemain dari senarai 26 pemain sebelum ini iaitu penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dan Danial Ashraf Abdullah, kedua-duanya dari Kelantan serta Ariff Farhan Md Isa (Kedah) dan Raphi Azizan Mariappen (PJ Rangers), semuanya kerana kecederaan.

SENARAI PEMAIN:

Amirul Hisyam Awang Kechik, Syafiq Ahmad, Ifwat Akmal Chek Kassim,S Kumaahran, Jafri Firdaus Chew,Syamer Kutty Abba, Syahmi Safari,Adam Nor Azlin,K Kannan, Ali Imran Alimi,Danial Amier Norhisham,Safawi Rasid, Haziq Nadzli, N Thanabalan, Adib Zainudin, Sean Eugene Selvaraj, L Kalaiharasan, Tommy Mawat Bada, Muhammad Irfan Zakaria Syazwan,  Andik Ishak, IiSyazwan Zaipol Bahari, Amierul Hakimi Awang

Ong Kim Swee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain