suria

Liverpool Mahu Pecah Rekod Perpindahan

CARROLL masih memegang rekod sebagai pemain paling mahal yang dibeli oleh Liverpool.

LIVERPOOL bersedia untuk memecah rekod dunia bagi pemain pertahanan Southampton, Virgil van Dijk selepas mendapat lampu hijau daripada pemain tersebut yang mahu beraksi di bawah Jurgen Klopp.

Arsenal, Chelsea dan Manchester City antara tiga kelab yang mahu mendapatkan khidmat bintang berusia 25 tahun itu tetapi Liverpool memiliki kelebihan membawa Van Dijk ke Anfield.

Nilai Van Dijk dijangka mencecah 60 juta pound sterling, lebih 10 juta pound sterling daripada John Stone yang dibeli City daripada Everton.

Van Dijk

Rundingan rasmi antara Liverpool dan Southampton masih belum bermula dan The Saint menegaskan bahawa Van Dijk bukan untuk dijual tetapi sedia mendengar sebarang tawaran.

Kontrak bernilai 180,000 pound sterling seminggu selama lima tahun ditawarkan kepada Van Dijk yang tidak bermain sejak Januari akibat kecederaan buku lali.

Andy Carroll merupakan pemain paling mahal dalam sejarah Liverpool dengan nilai perpindahan 35 juta pound sterling selepas dibeli dari Newcastle pada Januari 2011. - Mail Online


Van Dijk, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Adios' Pepe!

Artikel Lain