suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazard Retak Buku Lali, Nafi Ke Real Madrid

EDEN Hazard dijangka berehat sehingga tiga bulan gara-gara cedera di buku lali.

Pemain perancang Chelsea itu mengalami keretakan di bahagian buku lali kanannya ketika menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Belgium.

Persatuan Bola Sepak Belgium mengesahkan mengenai perkara tersebut yang menyaksikan Hazard bakal terlepas aksi perlawanan persahabatan menentang Republik Czech dan kelayakan Piala Dunia berteme Estonia pada 9 Jun ini.

Dia kemungkinan akan berehat panjang di antara lapan hingga 12 minggu.

Dalam pada itu, pemain berusia 26 tahun ini juga dikhabarkan akan berpindah ke Real Madrid musim depan.

Bagaimana pun Hazard yang masih mempunyai kontrak tiga tahun di Stamford Bridge menegaskan bahawa dia akan terus bersama Chelsea.

"Saya yakin boleh terus bersama Chelsea untuk beberapa tahun lagi, tetapi itu bukan perkara yang saya fikirkan buat masa ini.

"Kita akan lihat nanti," ujarnya yang turut membantu Chelsea merangkul trofi liga musim ini.

Eden hazard

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain