suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bale Jawab Spekulasi Ke United

GARETH Bale menolak perpindahan semula ke Liga Perdana Inggeris dari Real Madrid pada musim panas ini.

Bale dikatakan masih bergembira meraikan kejayaan Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara selepas menang 4-1 ke atas Juventus di Cardiff awal pagi Ahad.

Bercakap selepas permainan itu, jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane berkata, beliau enggan memberi jaminan mengenai masa depan Bale.

Dia hanya mengatakan bahawa ia akan diputuskan kemudian selepas musim berakhir.

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada terdapat harapan bagi kelab-kelab seperti Manchester United yang mahu membawanya semula ke England, Bale berkata: "Saya gembira di sini di Madrid. Kami memenangi trofi dan saya gembira."

Pemain berusia 27 tahun itu turut ditanya sama ada dia melihat masa depannya di Real Madrid yang disertainya pada 2013.

Menjawab pertanyaan tersebut, Bale  berkata: "Ya, saya telah menandatangani kontrak jangka panjang di Madrid. Keluarga saya gembira dan begitu juga saya maka kami apa meneruskan apa yang kami lakukan." 

Terdahulu, Manchester United cuba mengubati kekecewaan gagal mendapatkan Antoine Griezmann dengan mengintai Gareth Bale. - Mail Online

Gareth Bale

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain