suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Conte 'Sentap' Dengan Nainggolan?

Antonio Conte

PEMAIN AS Roma, Radja Nainggolan, berkata hubungannya dengan jurulatih Chelsea, Antonio Conte masih tidak begitu baik.

Katanya, Conte masih marah dengannya setelah dia menolak tawaran ke Stamford Bridge musim lalu.

Pemain berdarah Indonesia ini mengaku menerima tawaran The Blues musim lalu dan Conte sendiri mahu dia bergabung bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu tetapi dia menolaknya.

Pengakuan tersebut membuatkan timbul lagi spekulasi bahawa Chelsea bakal membuka tawaran yang sama untuk perpindahan musim panas tahun ini.

"Saya tidak bercakap dengan Conte. Saya rasa dia masih sedikit marah dengan berhubung tahun lepas, mungkin.

"Saya akan terus menyatakan perkara sama: saya bersama kelab-kelab di mana saya berada, jika anda mendapat sesuatu tahap penghargaan di sana, ia adalah kerana anda telah memberikan sesuatu kepada kelab.

"Saya mempunyai kehidupan yang baik di sini, saya suka bermain cara saya dan saya tidak akan menukar kelab. Saya telah menunjukkan cinta saya."

Nainggolan juga dilaporkan menolak tawaran kelab pesaing di Serie A, Inter Milan.

Antonio Conte, Radja Nainggolan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain