Real Madrid Sedia Belanja Besar Untuk Dua Pemain - Sukan | mStar

Real Madrid Sedia Belanja Besar Untuk Dua Pemain

David De Gea

PRESIDEN Real Madrid Florentino Perez dilaporkan akan menandatangani Eden Hazard dan David De Gea jika mereka kalah dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Kelab gergasi Sepanyol itu akan berdepan Juventus di Cardiff awal pagi Ahad.

Menurut laporan Diario Gol di Sepanyol, Perez bersedia untuk berbelanja besar jika mereka kalah dalam perlawanan akhir itu.

Real dilaporkan akan menandatangani Hazard dan penjaga gol Manchester United De Gea.

Zidane dikatakan terdesak untuk menandatangani pemain antarabangsa Belgium itu dan Perez akhirnya bersetuju dengannya.

De Gea pula hampir menyertai Real pada 2015 tetapi kelewatan faks menyebabkan dia gagal, namun Perez juga akan memastikan pemain antarabangsa Sepanyol itu dapat dibawa masuk musim depan.

Starsport juga mendedahkan bahawa United berminat dengan pemain pertahanan Real, Raphael Varane.

Walau bagaimanapun, kelab gergasi Sepanyol itu telah memberitahu Red Devils untuk melupakan hasrat mereka untuk mendapatkan Varane selepas bidaan £70 juta mereka untuk mendapatkan De Gea tidak diendahkan.

United berminat untuk berbelanja pada musim panas ini selepas berjaya menempatkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Liga Juara-Juara , Hazard , De Gea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel