suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ARRC: Sasi Ganti Azroy

Sasitharen Sukumaran

PETALING JAYA: Pengurus pasukan Yuzy Honda Vietnam Racing akan menggantikan Azroy Hakeem Anuar dengan pelumba berpengalaman, Sasitharen Sukumaran di dalam saingan Underbone 150cc pada Pusingan 3 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun pada 2 hingga 4 Jun ini.

Menurut Shahrol Yuzy Ahmad Zaini pasukannya tidak mempunyai masalah dengan ketiadaan Azroy.

"Selain Sasi, kami mempunyai seorang lagi pelumba dari Malaysia, iaitu Mohd Amirul Ariff Musa dan pelumba Vietnam, Chao Viet Nam," jelas Yuzy dalam satu kenyataaan pada Selasa.

Azroy yang juga juara Perlumbaan 1 pada pusingan kedua Underbone 150cc ARRC di Thailand, April lepas tidak dapat beraksi kerana bersaing di dalam saingan Asia Talent Cup yang turut dijalankan bersama perlumbaan ARRC di Litar Suzuka, minggu ini.

Dalam pada itu, Yuzy mengakui Amirul mempunyai rekod baik di dalam saingan ARRC dan merupakan naib juara keseluruhan pada tahun 2016, jadi kami masih boleh meletakkan harapan kepada Amirul untuk mengejar podium.

Malah jelasnya Sasi juga mempamerkan aksi yang baik sewaktu beraksi dalam kelas Underbone 130cc sepanjang beberapa tahun lepas, sekaligus ketiadaan Azroy pada perlumbaan minggu ini tidak menjejaskan strategi pasukan.

"Apa yang penting adalah tugas jurutera pasukan untuk mendapatkan jentera terbaik memandangkan dari segi peumba, kebolehan mereka tidak mempunyai banyak perbezaan," jelas bekas pelumba MotoGP Malaysia ini.

ARRC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain