suria

Kami Menang Dengan Pasukan Lemah - Conte

LIGA Perdana Inggeris baru sahaja melabuhkan tirai seminggu lalu, tetapi bos Chelsea, Antonio Conte sudah melancarkan perang psikologi terhadap pencabarnya.

Conte yang membantu Blues menjulang gelaran juara pada musim ini, menyifatkan pasukannya memenangi Liga Perdana Inggeris walaupun skuadnya lebih lemah berbanding Manchester United, Arsenal, Tottenham dan Manchester City.

Dengan rekod 30 kemenangan daripada 38 perlawanan, Chelsea merangkul gelaran kedua dalam tempoh tiga tahun pada awal bulan lalu.

Walaupun sejumlah kelab berbelanja besar pada musim perpindahan lalu, hanya Tottenham yang memberi cabaran sengit kepada Conte yang berjaya menamatkan saingan dengan perbezaan tujuh mata.

Malah kemenangan itu membuatkan Conte mengambil peluang untuk melancarkan perang psikologi terhadap pasukan lain.

"Musim depan pasti lebih sukar buat semua pasukan.

"Jangan lupa bahawa musim ini kita tidak mempunyai pasukan seperti United atau City, atau Tottenham atau Arsenal.

"Musim ini kita menang liga dan akan memulakan musim baharu sebagai juara.

"Amat penting buat kami menganalisis persembahan sepanjang musim.

"Skuad kami pada musim ini mencapai sasaran yang menakjubkan dengan setiap pemain beraksi 120 peratus.

"Tetapi kami juga bernasib baik kerana tidak ramai pemain mengalami kecederaan," katanya.

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiger Woods Ditahan Polis

Artikel Lain