suria

Terbuka Perancis: Djokovic Lega Sentuhan Agassi

NOVAK Djokovic memulakan langkah positif bersama jurulatih baharu Andre Agassi apabila memenangi pusingan pertama Terbuka Perancis awal pagi Selasa.

Juara bertahan itu menewaskan pemain Sepanyol Marcel Granollers 6-3 6-4 6-2.

Juara grand slam 12 kali itu melantik bekas bintang tenis terkenal dunia, Agassi bulan lalu bagi persiapan menghadapi kejohanan ini.

Pemain Serbia berusia 30 tahun itu yang masih gagal menjulang sebarang trofi juara sejak Januari lalu memulakan permainan dengan garang sebelum menyingkirkan pemain di ranking ke-77 dunia itu.

"Ia satu penghargaan apabila dia (Agassi) berada dalam pasukan saya. Setiap hari merupakan detik istimewa bagi saya kerana banyak mempelajari sesuatu yang baharu.

"Saya akan cuba menggunakan masa ini sebaik mungkin. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan semuanya dalam peroses.

"Bagi saya apa yang penting buat masa ini adalah individu yang memahami reaksi seorang pemain tenis", ujar Djokovic.

Terbuka Perancis, Andre Agassi, Novak

Artikel Sebelum

Tiger Woods Ditahan Polis

Artikel Berikut

Artikel Lain