Jaga Nama Baik, Berundurlah Wenger! - Sukan | mStar

Jaga Nama Baik, Berundurlah Wenger!

Arsene Wenger. -fotoREUTERS

ARSENE Wenger dijangka akan terus bersama Arsenal untuk dua musim lagi, tetapi tindakan tersebut dilihat sebagai satu keputusan salah untuk pengurus dari Perancis itu.

Wenger menutup musim ini dengan membawa Arsenal menjadi juara Piala FA. Gelaran ini sedikit-sebanyak mampu menutup persembahan buruk kelab ini, di mana Arsenal hanya mampu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat kelima dan dalam saingan Liga Juara-Juara, mereka terhenti di peringkat 16 kelompok terakhir.

"Saya turut bergembira bagi pihaknya pada Sabtu lepas. Saya tak pernah melihat dia begitu bersemangat. Dia banyak kali melambaikan tangan selepas pertandingan. Saya tak tahu apa maksudnya," kata bekas pemain Arsenal Tony Adams, memetik Soccerway.

Bagaimanapun Adams bimbang menunggu keputusan Wenger.

Dipercayai, pengurus berusia 67 tahun itu bakal menentukan masa depannya dalam masa terdekat kerana kontraknya bersama Arsenal akan tamat Jun ini. Dia dikhabarkan akan menandatangani kontrak selama dua tahun lagi bersama kelab ini.

Adams berharap Wenger dapat melihat semula situasi dan tekanan yang menyerangnya beberapa musim terakhir supaya dia dapat membuat pertimbangan untuk berundur.

Katanya, bertahan di Arsenal hanya akan membuatkan reputasi dan rekod baiknya di Arsenal tercemar.

"Dia adalah pengurus terbaik yang pernah dimiliki Arsenal, jadi amat menyedihkan jika ia dicemari. Arsenal tidak tampil di Liga Juara-Juara musim depan. Saya tidak rasa mereka akan menghampiri gelaran (Liga Perdana)," kata Adams.

"Mereka baru saja menang Piala FA yang menakjubkan. Saya harap dia dapat mengakhiri masanya."

"Mungkin dia fikir mereka boleh memenangi liga musim depan atau kembali ke saingan tertinggi Eropah. Saya tak tahu apakah dia boleh melepaskan Arsenal," katanya yang pernah menang empat gelaran liga berturut-turut.

Arsene Wenger , Tony Adams

Artikel Sebelum

Real Madrid Bukan Ronaldo Semata-Mata

Artikel Berikut

Selamat Datang Huddersfield!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain