suria

Marco Silva Pilih Watford

WATFORD mengesahkan pelantikan bekas pengurus Hull City, Marco Silva sebagai pengurus baharu mereka bagi menggantikan Walter Mazzarri.

Walford yang terkenal dengan jolokan The Hornets adalah salah sebuah daripada beberapa kelab yang dikaitkan dengan pakar taktik dari Portugis itu, yang menunjukkan prestasi mengagumkan dalam masa yang singkat ketika bertanggungjawab di Hull.

Bagaimanapun dia gagal untuk menyelamatkan Hull dari zon penyingkiran.

Watford menamatkan musim 2016/17 di tempat ke-17, hanya enam mata di depan Hull yang tersingkir, sekali gus membawa kepada perpisahan kelab itu dengan Mazzarri.

Silva, 39, tiba di England dan menang lapan kali, seri tiga kali dan kalah sebelas kali daripada 22 perlawanan di bawah tanggungjawabnya, tetapi memperoleh keputusan mengagumkan apabila berdepan nama-nama besar seperti Manchester United dan Liverpool.

Silva juga telah memenangi anugerah di Portugal dan Greece ketika bersama Sporting Lisbon dan Olympiacos, dan dilihat sebagai calon paling layak untuk membawa Watford ke hadapan.

Pengerusi dan ketua pegawai eksekutif kelab Scott Duxbury berkata: 'Marco adalah salah seorang yang sangat dicari-cari sebagai ketua jurulatih di Liga Perdana Inggeris.

"Prestasinya menterjemahkan tentang untuk dirinya yang dapat dilihat pada pencapaiannya dalam divisyen utama di tempat lain di seluruh Eropah, dan juga tugasnya di Hull City musim lalu," katanya.

Marco Silva, Watford

Artikel Sebelum

Barca Juara 29 Kali!

Artikel Berikut

Artikel Lain